Halau Tikus Contact Family Tikus Racun SiteMap Umpan Alam Petua

Bagaimana Nak Halau Tikus Bersarang Dalam Enjin Kereta

Topik kali ini cara cara "Bagaimana Nak Halau Tikus Bersarang Dalam Enjin Kereta"

Jangan pandang ringan terhadap si kerdil ini, tabiatnya sudah menjadi kebiasaan selain pengotor kerana Tikus juga boleh mengakibat kerosakan harta benda anda.

Apatah lagi kerosakan enjin kereta disebabkan oleh Tikus, Mungkin anda tak perasan pon bahawa Tikus sudah lama berkampung dalam komponan enjin kereta. jika anda amat sensitif dengan bau pasti anda tahu dan mengeyaki bahawa ada sesuatu dalam bahagian enjin kereta, kerana pada kebiasaanya selepas enjin kereta di matikan, pada masa itu akan terkeluar bau hangit bercampur hancing dan hapak.
Alam Tikus
Jangan Biarkan Tikus Bersarang Dalam Enjin Kereta Anda

Jika anda perasan dengan bau bau seperti berikut eloklah buka bonet hadapan enjin kereta, jika sudah terlalu lama tikus telah berkampung maka bahagian enjin kereta pasti di penuhi dengan najis serta air kencing tikus. Itu dikira ok lagi, tetapi bagaimana Tikus tersebut telah mengigit wayar wayar komponan? Sudah pasti ia akan membawa bencana dan kerugian yang besar untuk  baik pulih enjin kereta.

Di sini langkah langkah yang perlu anda ikuti ialah dengan mencuci enjin kereta dengan "chemical" dan  di ikuti dengan bilasan air serta diulang dengan sabun sebelum di tembak dengan air bersih.
Jika anda masih ragu ragu sila dapatkan nasihat dari "Car Wash"

Selepas semua selesai langkah pencegahan ialah dengan:



  1. Menggantung "Berus Sabut" atau letakkan Berus Sabut di tempat Tikus selalu duduk sebagai tempat tidurnya, Se-eloknya biar melebihi 5 gantungan Berus Sabut, dan sila tanggalkan kembali jika anda ingin mengerakkan kereta untuk ke tempat kerja atau sebagainya.
  2. Langkah seterunya anda boleh menggunakan "Ketulan serai Wangi khas untuk menghalau Tikus, sebaiknya letaklah dalam 6 ketul atau berapa banyak yang anda suka dalam komponan enjin.
  3. Serta dengan menabur "Serbuk Lada Hitam" atau boleh juga masukkan dalam bekas.
Langkah langkah lain, sebaiknya anda bunuh sahaja Tikus Tikus dengan menggunakan racun atau menggunakan perangkap, secara tak langsung boleh mengawal jumlah Tikus Tikus yang berkeliaran di kawasan rumah anda agar terhindar dari  ia memasuki kereta sebagai tempat tidurnya.

Bayangkan jika Tikus betina yang masuk, maka si jantan Tikus sundal akan mengikuti, maka dengan ini bertambah ramailah Tikus Tikus berkampung dalam kereta.



9 comments:

  1. Tq cik atas infonya. Boleh saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk mengatasi masalah ni sekiranya cara2 lain yang digunakan tak berkesan. Produk menarik yg saya lihat di internet.
    Boleh cuba satu produk menghalau Tikus dari Jepun ni. Produk “Rat Repellent”. Produk ni bila letak akan mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadi tak selesa dan segera lari.
    Yang Penting bukan saja murah dan mudah, tapi tak menyeksakan binatang & Tak Perlu Berhadapan dengannya. Produk ni ada saya nampak di website ni
    www.tenringgitshop.com

    Selamat mencuba & Harap2 selesai masalah semua. Tq


    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak tuh, dulu kereta saya telah dijadikan sarang tikus, iaitu pada musim hujan, Mula mula tak tau, tapi selepas stop enjin, macam ada bau yg kurang senang. Maka saya pon buka bonet enjin, Omakk Oiiiii banyaknya tahi dia, siap dengan tulang ayam. Masa tu letak ubat penghalau tijus pon menjadi, nak tak nak kena cuci enjin dulu, kemudian saya amalkan letak berus sabut dan ubat gegat,, Alhamdullilah sampai tikus tak masuk lagi... bukan apa takut dia gigit wayar wayar jer... NAHAS gitu kalau tikus dah buat sarang!!!

      Delete
  2. Saya dh cuba letak berus sabut, tapi Cik Ti nih pandai pula mengalihkan nyer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tikus Ber- Educated agaknya tuh, dsaya letak ubat gegat jaa, yg bulat2 tuh, warna putih dan bewarna warni...so far Tikus tak masuk lagi dah dalam kereta saya

      Delete
  3. Buka dan luruskan berus sabut yg bengkok tu. Ikat kedua hujung di tempat yg sesuai, tak nak bg dia alih boleh guna dawai. Guna berus ni kira efisyen jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penah cuba tak.. Saya nak cuba sbb tikus selalu naik

      Delete
  4. Berus sabut fungsi untu elak masuk ke ape ye..sbb keta saya tenga mengalaminya..bukak filter aircond bayak tahi n kencing si tikus tu

    ReplyDelete
  5. Saya ada satu lagi cara yang berkesan, letakkan soft toy kucing yang tidak pakai di dalam enjin kereta,inshaAllah tiada dah, tapi sebelum itu basuh enjin dulu ������

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harrrrr.....Takut hangus toy tuh kang..Saya letak ubat gegat jaa, cuba laaa,,,saya gantung kat tepi engine compartment

      Delete

We Open For The Advertising - Iklan From Celtic Avenue

Subscribe

Subscribe for New Post Notifications

Topic Archive