Halau Tikus Contact Family Tikus Racun SiteMap Umpan Alam Petua

Basmi Tikus
Showing posts with label Cara Cara Halau Tikus. Show all posts

Kenapa Tikus Suka Duduk Dalam Enjin Kereta

E njin kereta, memang menjadi tempat kegemaran tikus tidur dan tempat singgah, terutama dimusim cuaca yang tak menentu seperti negara Malaysia, sekejap hujan dan sekejap panas, jika hujan berlarutan pula maka bonet enjin kereta anda akan menjadi tumpuan tikus.


Tikus memang suka duduk dalam enjin kereta.

Gambar diatas ialah dimana tempat tikus tikus selalu berkeliaran serta menyelinap masuk ketika musim hujan, Jika kereta anda tidak bergerak dalam masa yang lama, tidak mustahil tikus telah pon memasuki bahagian tersebut. Lebih lebih lagi musim PKP, yang mana ramai diantara kita berkurung dalam rumah.



Jadi, sebaiknya anda meletakkan ubat gegat, jika kenderaan tidak bergerak dalam masa tempuh yang lama untuk mengelak tikus-tikus berkeliaran dalam bonet kereta.

Sudah Menjadi Perangai Tikus

  • Ia adakala pintar
  • Dia adakala tahu apa yang kita sedang lakukan
  • Tikus sifatnya, suka mencuba
  • Dan, sekali gus merosakkan barangan kita
  • Suka membuang najis merata rata tempat serta kencing
  • Berbau hancing jika tikus itu bersaiz besar

Tikus Tanah, memang gemar mengorek tanah, longkang, tepi dinding rumah

Tikus tanah,
walaupun jarang jarang masuk ke dalam rumah, akan tetapi tikus jenis ini juga perosak hartar benda, memakan tumbuhan perhiasan, kebun dan sebagainya.

Tikus tanah, mengorek dan bersarang dibawah lantai rumah
Tikus tanah, mengorek dan bersarang dibawah lantai rumah

Great News


Cara-Cara Halau Tikus Mauk Kedalam Bonet Enjin Kenderaan

Tikus Sejenis haiwan kecil yang hidup merayap disemua tempat termasuk hidup di dalam rumah, tanah, samada bersih atau kotor. Tikus juga terbahagi banyak sifat, seperti, Tikus yang suka makan hanya bijirin tumbuhan, iaitu kecil dan mempunyai kulit bulu berwarna "peran" atau agak cerah.

Tikus yang suka hidup dalam rumah

Tikus yang suka hidup didalam rumah, biasanya ia memunyai sifat yang pintar, bersaiz kecil atau sederhana, makan apa sahaja yang ada dalam rumah anda.

Tikus tanah terbahagi banyak sifat, ada yang suka hidup jauh dari manusia, dan yang menjadi masalah kepada manusia ialah, sejenis tikus tanah, yang mana suka merayap diatas tanah, longkang, tempat pembuangan sampah, pasar dan sebagainya.

Tikus tanah jenis inilah yang suka membuat kacau serta pengotor, Ketika musim panas atau cuaca panas, tikus jenis ini suka duduk dalam tanah, dalam longkang. Awas jika cuaca selalu hujan, maka dia akan merayau mencari tempat kering yang terselidung dari manusia, Seperti tempat enjin kenderaan anda, Sekiranya kenderaan tak pernah bergerak dalam masa 3 hari, maka "tikus" jenis ini akan datang berselindung serta membawa cebisan makan yang kotor, serta dia akan tidur dan membuang najis, terutama dicelah celah enjin.

Lama kelamaan dia akan menyukai dan akan menjadi tempat tidurnya, Masalah yang timbul jika tikus ini selalu berehat dalam enjin kenderaan ialah, walaupon kereta beralih tempat, cuaca bertukar menjadi panas, dia tetap suka tidur di dalam bonet enjin kenderaan.

Perkara yang perlu dirisaukan ialah, akan berlaku kerosakan enjin, atau conpartment lain, wayar habis digitnya.

Jika anda ingin mengetahui ada tikus yang duduk dalam bonet enjin, ialah terkeluar bau busuk apabila anda menghidupkan enjin kenderaan.. Anda perlu mencuci enjin kenderaan secepat mungkin, selepas itu sila letak "ubat gegat" yang anda letak dalam tandas, atau cabinet, jika anda tidak menggunakan kereta, dan perlu ingat keluarkan kembali jika anda memerlukan kenderaan.

Nescaya tikus-tikus yang sebelum ini selalu memasuki enjin tidak lagi menjadikan kereta anda sebagai rumahnya, serta tikus tikus lain juga tidak menghampiran, keran bauan ubat gegat.

Jika anda tidak meletakkan ubat gegat walau bonet enjin telah dicuci, dan tidak bersih, bau najis, kencing tikus akan tetap melekat dan ia akan menjadi taruikan tikus lain.
Great News

Cara Cara Hapus Tikus

Kalau nak hapus tikus dengan berkesan sebenarnya senang sahaja, cuma kesan dan nak mencari bangkai tikus agak sukar, kerana selepas terkena umpan beracun tikus akan merayap terlebih dahulu, smada dalam ditepi rumah, atas bumbung, dalam ceiling malah didalam kabinet dapur atau bilik anda. Alam Tikus
 
Cara nak hapus tikus tersebut cuma dengan cara, rendamkan roti kedalam racun atau suntik racun ke dalam roti dan letak di tepi luar rumah. "AWAS" kat kampung tak sesuai berbuat demikian kerana dikhuatiri ayam ternakan anda terlebih dahulu yang terkena.
Pada kebiasaan, paginya anda akan dapat lihat bangkai tikus bertaburan di tepi rumah, yang tak tahan tikus meninggal diatas ceiling rumah kerana akan mendatangkan bau busuk. Sekiranya rumah anda tiada ceiling, maka ia tiada masalah.

 
 
Great News
tikus

Tikus Sensitif Bila Orang Marah

Dah jadi perangai setengah tikus, dia amat sensiitif bila kita marah dia dan memeranjatkan dia. macam tak percaya pula, tapi itulah hakikatnya.

Jika anda tak percaya, sila berbuat demikian dan selang beberapa hari memang dia jahanamkan barangan anda.


Ada pula jenis yang terlalu lapar sabun mandi pon dia gigit, sedangkan dia dapat bau, sabun bukan makanan dia. Jadi apa sudah jadi dengan sabun ini?

Alam Tikus
Sabun Pun Digigit Oleh Tikus
Perkara yang paling senang nak perangkap tikus atau membunuh tikus ialah menggunakan makanan kegemaran dia iaitu, Keju/ Cheese.

Bau keju dari jauh lagi tikus sudah dapat hidu dan dia tak dapat mengawal nafsu bau keju, caranya masukkan keju dalam perangkap atau tabur debu racun, gerenti "mampus" tikus yang suka merosakkan barangan anda.

Kalau nak umpan anai-anai memang perkara susah nak cari di tengah bandar, kalau dekat kampung bukan sahaja anai-anai malah benda dan makanan lain senang dicari untuk dijadikan umpan memerangkap tikus.


Orang nak halau Tikus tapi berlainan pula dengan di negara India, siap bagi minum susu, bukankah tikus ini banyak mendatangkan penyakit dari memberi kesenangan?
Alam Tikus  

Share in Whatsapp/Available for Smart Phone Only
Cara Perangkap Tikus Dengan Umpan Anai-Anai
Apa Akan Jadi Bila TikusBersarang Dalam Enjin Kereta Anda?

 
Great News

Cara Cara Atasi Tikus Cerdik Tak Mau Masuk Perangkap

Pada kebiasaanya tikus rumah memang licik, kerana dia sudah biasa dengan keadaan sekeliling samada dalam rumah atau diluar rumah anda.

Tikus jenis ini memang susaah masuk perangkap besi kerana ia sebenarnya sudah tau dan rasa agak berbeza jika sesuatu yang baru tiba tiba ada didalam rumah anda ditambah pula ia berada dilaluan yang biasa dia melintasi,

Alamtikus
Tikus Mengintai
walaupun anda meletakkan umpan didalam sangkar besi tersebut, akan tetapi ia amat tipis untuk menangknya, kecuali tikus yang baru memasuki rumah anda.

Jika anda ingin menangkap "Tikus" jenis cerdik, anda terlebih dahulu kena cerdik menggunakan perangkap dengan meletakkan diantara barang barang yang lain di atas meja atau cabinet yang tersusun rapi, dan masukkan seketul "cheese" di dalam perangkap besi.

Jangan masukkan umpan seperti Cheese dan letakkan perangkap di atas lantai, kerana ia tidak berfungsi, ketahuilah tikus yang cerdik dan sudah biasa dengan keadaan laluannya didalam rumah anda dia sudah mengkaji selok belok barangan di atas lantai rumah.
Alamtikus 


So! cara meletakkan perangkap diantara susunan barangan yang lain sedikit sebanyak akan mengelirukan tikus yang selalu menghuni di rumah anda. Cheese ialah tarikan utama kerana bau cheese amat tajam, dari jauh ia sudah mengeluarkan bau. Mana mana kaum Tikus mereka amat suka dan gemar makan "Cheese". Seperti manusia pantang melihat "Ayam Goreng" berempah serta ranggup, bagai KFC.

Serai Wangi Cara Menghalau Tikus Adakah Berkesan

Hujan panas, kucing hilang muncul pula si "Tikus" itu adalah lumrah alam, setengah orang tak suka kucing, maka tidak mustahil kawasan rumah andaakan muncul binatang kecil yang licik iaitu "Tikus".

Tikus seperti sebenarnya tidak berbahaya sangat bagi manusia akan tetapi ia adalah pemusnah barangan berharga and seperi pakaian serta dia akan mencuri makanan seperti "cereal" atau bijirin lain.
Alam Tikus

Perkembangan Keluarga Tikus Sama Dengan Pembiakan Keluarga Kucing

Alam Tikus

Pembiakan Tikus  sejajar dengan  pembiakan kucing, ia adalah lumrah alam, atau kitaran kehidupan antara 2 kehidupan bianatang. Pengurangan "tikus" boleh disebabkan oleh kucing atau kehidupan binatang liar yang lain umpama ular.


Keluarga tikus terbahagi dalam pelbagai jenis habitat, iaitu yang bersarang di dalam tanah, ada yang bersarang didalam rumah dan ada yang bersarang diatas pokok kayu.

Kerisauan oleh manusia ialah jenis tikus yang bersarang didalam tanah dan yang suka membuang sarang didalam rumah seperti di dalam kabinet dapur dan sebagainya.
Alam tikus 




Tikus yang suka bersarang didalam tanah merupakan keluarga tikus yang pengotor dan boleh mendatangkan pelbagai penyakit bagi manusia. Manakala tikus yang suka bersarang di dalam rumah ialah sejenis tikus yang suka menggigit semua jenis benda yang ada di dalam rumah termasuk pakaian, makanan serta dinding rumah.
Pencegahan harus di lakukan untuk mengelak semua jenis tikus tikus kerana,  tikus ialah binatang degil yang suka merosakkan harta benda manusia, seperti enjin kereta dan sebagainya.
Alam Tikus 


Kawalan pencegahan awal ialah dengan membela kucing, itu adalah yang sebaiknya kerana anda tak perlu bersusah payah mencari racun tikus mahupun menahan perangkap tikus. Sudah menjadi lumrah kehidupan 2 binatang ini, walaupun ada setengah kucing tak suka makan tikus akan tetapi, "Tikus" amat takut dengan cengkaman se-ekor kucing.

Air kencing se-ekor kucing tidaklah  mendatang bahaya terhadap manusia berbanding air kencing se-ekor tikus yang mana boileh membawa maut.
Alam Tikus

Umpan Anai Anai Cara Terbaru Perangkap Tikus

Tikus- memang licik, kadang kala amat sukar untuk menangkapnya walau letak umpan ikan kering, kecuali tikus itu terlalu lapar mungkin 50% masuk perangkap, jika tak, maka ia sentiasa akan merayap di dalam rumah anda mencari sesuatu yang baru, seperti menggigit beras, gandum, roti, cereal.
Tikus Rumah
Tikus Rumah
Sudah menjadi perangai "Tikus" dia akan menggigit apa sahaja makanan yang ada didalam rumah anda, walau anda meninggalkan dapur dalam beberapa minit, ia akan kembali merayap, adakala dia tidak segan silu melintasi walau anda sedang makan malam.

Perkara ini pasti terjadi, terutama di kedai makan di tepi jalan, yang mana kebersihan tidak terjaga, serta di kawasan perumahan kampung di tengah bandar, memang terkenal dengan "Tikus" licik.

Mengikut petua orang orang tua, kalau nak halau tikus jangan marah padanya, betul ker? Kerana tikus akan menjadi degil dan menyahut canaran anda, Tetapi kata orang tua tua lagi kalau nak halau tikus, kena guna ayat lembut yang berbunyi seperti " wahai Mek Ti jangan ganggu dapur aku" boleh percaya ker?.

Kadang kala pesanan seperti tersebut kita boleh lihat dalam movie "Willard". Jika semua umpan tidak menjadi, mahu pun gantung cheese dalam perangkap, mungkin anda mempunyai harapan iaitu dengan umpan "Anai Anai". Cuma amat sukar untuk dapatkan Anai Anai, akan tetapi inilah makanan yang menjadi kegilaan tikus dan boleh dia (Tikus) boleh lupa diri bahawa  itu adalah umpan perangkap.

Apa Akan Terjadi Jika Tikus Telah Bersarang Dalam Kereta Anda?

Tikus; orang kata susah nak halau dia, pembiakan tikus sama rata dengan pembiakan kucing itu adalah lumrah alam,

Tetapi ia berbeza dari segi alam sekeliling, contohnya penempatan penduduk di bandar, biasanya tikus membiak dengan banyak kerana persekitaran di bandar di penuhi dengan gerai makan, seperti di Malaysia atau pon di Indonesia.
Tikus
Jangan Biarkan Tikus Bersarang Dalam Enjin Kereta Anda

Masalah yang dialami oleh penduduk di sekitar bandar dengan kumpulan tikus ialah dia suka bersarang didalam kereta, lebih lebih lagi pada musim hujan.

Apa akan terjadi sekiranya anda tidak memerhatikan atau membuat penyelenggara tentang situasi kereta terutama didalam bonet enjin kereta?


Kerana di tempat inilah tikus suka membuat sarang atau menjadikan tempat bermalam.
Pada kebiasaanya apabila tikus telah membuat sarang/tempat tidur, dia akan membawa semua jenis sissa makanan seperti tulang ikan, tulang ayam, sayuran dan sebagainya.

Sekiranya anda dapat menghidu bauan busuk selepas mematikan enjin kereta setelah membuat perjalanan, itu bermakna bau tikus dan najis serta kesan air kencingnya.

Ia akan menjadi lebih busuk sekiranya anda tidak membuat "spot check" enjin kereta, untuk menanggani masalah ini pertama sekali anda harus mencuci enjin kereta anda dengan chemical. Selepas mencuci anda perlu meletakkan bahan untuk menghindar tikus datang kembali seperti langkah langkah yang di sebut sebelum ini. HALAU TIKUS DALAM ENJIN KERETA

Langkah terakhir yang anda perlu lakukan ialah mengamalkan letak "ubat gegat" pada sebelah malam jika anda rasa cerewet dengan amalan meletak "berus sabut" kerana anda perlukan mengalihkan berut sabut untuk menjaga keselamatan terutama untuk membuat perjalanan, kerana dikhuatiri berus sabut terkena kipas atau stuck di tali "belt".

Walaupon Kecil Tikus Tetap Takut

www.alamtikus.blogspot.com
Photo Credit: Cool Flash By Cool Irish
Adakah anda sudah kehabisan cara untuk menghalau tikus dikawasan rumah? cara yang paling berkesan ialah dengan membela seekor kucing walaupun kecil atau masih baby, tikus tetap takut dengan ketajaman kuku si kecil.

Yang harus dirisaukan ialah tikus besar iaitu Tikus tanah, iaitu tikus yang paling degil dan tak hiraukan kucing dengan jarak yang dekat, inilah tikus yang selalu menyorok dalam kereta anda dan tidur dalam enjin kereta terutama bila musim hujan dan bersarang serta membawa sisa makanan ke dalam enjin.

Dinasihat agar anda selalu membuat "spot check" enjin kereta anda, jika ia telah mendiamai atau membuat sarang yakni sarang tempat tidur dengan masa yang lama, maka anda terpaksa menyuci kasawan enjin kereta dengan bahan kimia supaya bau air kencing serta najis hilang. Jika ia masih berbau dikhuatiri tikus tanah akan kembali mendiami kereta anda.

Setelah membasuk enjin, anda hendaklah meletakkan "berus sabut" di dalam enjin kereta dalam kiraan 4 atau 5 ketul, serta meletakkan "ubat gegat" supaya bau ubat gegat akan menjarakkan tikus tanah untuk menghampiri kereta.

Kenapa harus meletak berus sabut?
Sebenarnya berus sabut amat ditakuti oleh se-ekor tikus kerana ia berbentuk tajam dan boleh mencederakan kulit se-ekor tikus apabila terkena. Oleh sebab itulah anda harus meletakkan berus sabut disebelah malam terutama dimusim hujan.

Kenapa harus meletakkan ubat gegat?
 Ubat gegat sebenarnya akan mengeluarkan bau yang tajam dan sekaligus membuatkan se-ekor tikus tidak merasa senang dan mengalami pening apabila terhidu, seperti setengah dari kita tidak dapat menghidu bau cili goreng dan ia akan membuatkan kita "bersin", dan begitulah kekuatan ubat gegat terhadap se-ekor tikus.

Cara Senang Nak Halau Tikus Ialah


Belalah kucing ramai ramai kat rumah, walau pun setengah kucing tak makan tikus kerana kucing juga mempunyai selera yang mutlak, iaitu ia tidak suka makan benda yang kotor, akan tetapi perlu di-ingat, jika tikus yang hidup di kampung dan sawah, kucing memang suka.

Kalau tikus yang hidup di bandar bandar biasanya kucing tak makan tetapi dia suka kacau dan bermain gigit gigit, itu sudah memadai kerana niat anda ialah untuk menghalau tikus.

Kiat boleh lihat jika waktu hujan terutama di bandar serta di tepi longkang atau tong sampah, memang ramai tikus, yang bermacam saiz dan rupa, manusia tengok sudah merasa jijik dan begitu juga kucing.
Alam Tikus


Bayangkan tikus tersebut juga yang selalu masuk ke rumah anda untuk mencari sisa makanan dan naik ke dapur serta di atas meja makan, anda mungkin tak nampak dan pasti tetapi tikus tersebut juga mengeluarkan air kencing? bahaya jika terjadi, serta terkena giigtan tikus juga teramat bahaya.

Jikalau anda pengemar  membela kucing maka anda sudah terhindar dari gangguan tikus yang pengotor. Jika anda bukan pengemar kucing maka anda harus mencari alternatif lain.

Bagaimana Nak Halau Tikus Bersarang Dalam Enjin Kereta

Topik kali ini cara cara "Bagaimana Nak Halau Tikus Bersarang Dalam Enjin Kereta"

Jangan pandang ringan terhadap si kerdil ini, tabiatnya sudah menjadi kebiasaan selain pengotor kerana Tikus juga boleh mengakibat kerosakan harta benda anda.

Apatah lagi kerosakan enjin kereta disebabkan oleh Tikus, Mungkin anda tak perasan pon bahawa Tikus sudah lama berkampung dalam komponan enjin kereta. jika anda amat sensitif dengan bau pasti anda tahu dan mengeyaki bahawa ada sesuatu dalam bahagian enjin kereta, kerana pada kebiasaanya selepas enjin kereta di matikan, pada masa itu akan terkeluar bau hangit bercampur hancing dan hapak.
Alam Tikus
Jangan Biarkan Tikus Bersarang Dalam Enjin Kereta Anda

Jika anda perasan dengan bau bau seperti berikut eloklah buka bonet hadapan enjin kereta, jika sudah terlalu lama tikus telah berkampung maka bahagian enjin kereta pasti di penuhi dengan najis serta air kencing tikus. Itu dikira ok lagi, tetapi bagaimana Tikus tersebut telah mengigit wayar wayar komponan? Sudah pasti ia akan membawa bencana dan kerugian yang besar untuk  baik pulih enjin kereta.

Di sini langkah langkah yang perlu anda ikuti ialah dengan mencuci enjin kereta dengan "chemical" dan  di ikuti dengan bilasan air serta diulang dengan sabun sebelum di tembak dengan air bersih.
Jika anda masih ragu ragu sila dapatkan nasihat dari "Car Wash"

Selepas semua selesai langkah pencegahan ialah dengan:



  1. Menggantung "Berus Sabut" atau letakkan Berus Sabut di tempat Tikus selalu duduk sebagai tempat tidurnya, Se-eloknya biar melebihi 5 gantungan Berus Sabut, dan sila tanggalkan kembali jika anda ingin mengerakkan kereta untuk ke tempat kerja atau sebagainya.
  2. Langkah seterunya anda boleh menggunakan "Ketulan serai Wangi khas untuk menghalau Tikus, sebaiknya letaklah dalam 6 ketul atau berapa banyak yang anda suka dalam komponan enjin.
  3. Serta dengan menabur "Serbuk Lada Hitam" atau boleh juga masukkan dalam bekas.
Langkah langkah lain, sebaiknya anda bunuh sahaja Tikus Tikus dengan menggunakan racun atau menggunakan perangkap, secara tak langsung boleh mengawal jumlah Tikus Tikus yang berkeliaran di kawasan rumah anda agar terhindar dari  ia memasuki kereta sebagai tempat tidurnya.

Bayangkan jika Tikus betina yang masuk, maka si jantan Tikus sundal akan mengikuti, maka dengan ini bertambah ramailah Tikus Tikus berkampung dalam kereta.



Macam Mana Nak Halau Tikus Secara Umum

Tikus Binatang Yang Keji Dan Jijik, Hidup Dalam Longkang

dan kawasan persekitaran yang kotor seperti tempat pembuangan sampah, suka makan benda yang kotor mahu pon yang bersih. Huraian yang tepat Tikus makan semua jenis  makanan, yang paling dia suka ialah "Cheese"
Cara untuk menjinakkan Tikus supaya senang di tangkap eloklah guna umpan "Cheese" di letakkan dalam sangkar perangkap.

Sekiranya anda seorang pengemar  membela kucing maka ia tak jadi masalah untuk menghalau Tikus tidak menggangu kawasan rumah anda, walaupon ada setengah kucing tidak makan Tikus tetapi kucing suka menangkap dan bermain main. Maka itu salah satu kelemahan seekor Tikus. Itu kisah kucing di kampung kampung. jika kucing di kawasan bandar, tengok Tikus pon dia lari, "Tak ada selera katanya" maklumlah Tikus di bandar terlalu kotor, busuk dan keji, sedangkan kucing pon tak mau mendekati dan inikan pula manusia.
Alam Tikus
Serai Wangi Jugaa Mampu Menghalau Tikus Dari Dalam Rumah Anda

Cara Cara Nak Halau Nak Tikus

Terdapat berbagai cara nak halau "Tikus" mengikut pri lakunya, seperti dia suka sangat berada dalam rumah rumah anda, sebagai contoh.

Jadi kita kena tahu di manakah laluan harian kegunaan dia, biasanya Tikus akan menggunakan laluan yang sama.

Justeru itu eloklah kita halangnya dengan menabur sebuk lada hitam dan jika rumah anda mempunyai didinding dan berlubang keran digigit oleh Tikus tadi maka elok digunakan "Berus Sabut"  mengikut saiz lubang laluan tikus, seeloknya biarlah di antara lubang mempunyai ruang laluan dan Berus Sabut tidak tertutup. Kerana jika tertutup Tikus tadi akan mencari laluan lain. Sebab menggunakan Berus Sabut kerana ia tajam, amat sesuai dengan badan tikus yang mana kulitnya amat lembut. Maka lama kelamaan Tikus tadi akan merasa takut untuk masuk ke rumah atau bilik tidur anda.

Kita Bersua lagi dihari berikutnya dalam ulasan tentang cara cara untuk menghalau Tikus.

Subscribe

Subscribe for New Post Notifications

Topic Archive