Belalah kucing ramai ramai kat rumah, walau pun setengah kucing tak makan tikus kerana kucing juga mempunyai selera yang mutlak, iaitu ia tidak suka makan benda yang kotor, akan tetapi perlu di-ingat, jika tikus yang hidup di kampung dan sawah, kucing memang suka.
Kalau tikus yang hidup di bandar bandar biasanya kucing tak makan tetapi dia suka kacau dan bermain gigit gigit, itu sudah memadai kerana niat anda ialah untuk menghalau tikus.
Kiat boleh lihat jika waktu hujan terutama di bandar serta di tepi longkang atau tong sampah, memang ramai tikus, yang bermacam saiz dan rupa, manusia tengok sudah merasa jijik dan begitu juga kucing.
Bayangkan tikus tersebut juga yang selalu masuk ke rumah anda untuk mencari sisa makanan dan naik ke dapur serta di atas meja makan, anda mungkin tak nampak dan pasti tetapi tikus tersebut juga mengeluarkan air kencing? bahaya jika terjadi, serta terkena giigtan tikus juga teramat bahaya.
Jikalau anda pengemar membela kucing maka anda sudah terhindar dari gangguan tikus yang pengotor. Jika anda bukan pengemar kucing maka anda harus mencari alternatif lain.
No comments:
Post a Comment