Pada kebiasaanya tikus rumah memang licik, kerana dia sudah biasa dengan keadaan sekeliling samada dalam rumah atau diluar rumah anda.
Tikus jenis ini memang susaah masuk perangkap besi kerana ia sebenarnya sudah tau dan rasa agak berbeza jika sesuatu yang baru tiba tiba ada didalam rumah anda ditambah pula ia berada dilaluan yang biasa dia melintasi,Tikus Mengintai |
Jika anda ingin menangkap "Tikus" jenis cerdik, anda terlebih dahulu kena cerdik menggunakan perangkap dengan meletakkan diantara barang barang yang lain di atas meja atau cabinet yang tersusun rapi, dan masukkan seketul "cheese" di dalam perangkap besi.
Jangan masukkan umpan seperti Cheese dan letakkan perangkap di atas lantai, kerana ia tidak berfungsi, ketahuilah tikus yang cerdik dan sudah biasa dengan keadaan laluannya didalam rumah anda dia sudah mengkaji selok belok barangan di atas lantai rumah.
So! cara meletakkan perangkap diantara susunan barangan yang lain sedikit sebanyak akan mengelirukan tikus yang selalu menghuni di rumah anda. Cheese ialah tarikan utama kerana bau cheese amat tajam, dari jauh ia sudah mengeluarkan bau. Mana mana kaum Tikus mereka amat suka dan gemar makan "Cheese". Seperti manusia pantang melihat "Ayam Goreng" berempah serta ranggup, bagai KFC.
No comments:
Post a Comment