Tikus Sejenis haiwan kecil yang hidup merayap disemua tempat termasuk hidup di dalam rumah, tanah, samada bersih atau kotor. Tikus juga terbahagi banyak sifat, seperti, Tikus yang suka makan hanya bijirin tumbuhan, iaitu kecil dan mempunyai kulit bulu berwarna "peran" atau agak cerah.
Tikus yang suka hidup dalam rumah |
Tikus yang suka hidup didalam rumah, biasanya ia memunyai sifat yang pintar, bersaiz kecil atau sederhana, makan apa sahaja yang ada dalam rumah anda.
Tikus tanah terbahagi banyak sifat, ada yang suka hidup jauh dari manusia, dan yang menjadi masalah kepada manusia ialah, sejenis tikus tanah, yang mana suka merayap diatas tanah, longkang, tempat pembuangan sampah, pasar dan sebagainya.
Tikus tanah jenis inilah yang suka membuat kacau serta pengotor, Ketika musim panas atau cuaca panas, tikus jenis ini suka duduk dalam tanah, dalam longkang. Awas jika cuaca selalu hujan, maka dia akan merayau mencari tempat kering yang terselidung dari manusia, Seperti tempat enjin kenderaan anda, Sekiranya kenderaan tak pernah bergerak dalam masa 3 hari, maka "tikus" jenis ini akan datang berselindung serta membawa cebisan makan yang kotor, serta dia akan tidur dan membuang najis, terutama dicelah celah enjin.
Lama kelamaan dia akan menyukai dan akan menjadi tempat tidurnya, Masalah yang timbul jika tikus ini selalu berehat dalam enjin kenderaan ialah, walaupon kereta beralih tempat, cuaca bertukar menjadi panas, dia tetap suka tidur di dalam bonet enjin kenderaan.
Jika anda ingin mengetahui ada tikus yang duduk dalam bonet enjin, ialah terkeluar bau busuk apabila anda menghidupkan enjin kenderaan.. Anda perlu mencuci enjin kenderaan secepat mungkin, selepas itu sila letak "ubat gegat" yang anda letak dalam tandas, atau cabinet, jika anda tidak menggunakan kereta, dan perlu ingat keluarkan kembali jika anda memerlukan kenderaan.
Nescaya tikus-tikus yang sebelum ini selalu memasuki enjin tidak lagi menjadikan kereta anda sebagai rumahnya, serta tikus tikus lain juga tidak menghampiran, keran bauan ubat gegat.
Jika anda tidak meletakkan ubat gegat walau bonet enjin telah dicuci, dan tidak bersih, bau najis, kencing tikus akan tetap melekat dan ia akan menjadi taruikan tikus lain.
Great News
No comments:
Post a Comment